Bali Dolphin Tour – Pakej Tengok Dolphin & Sunrise di Lovina Bali

Share:
Pakej Bali Shopping Tour – Pengalaman Membeli-Belah Eksklusif di Kampung-Kampung Seni Bali

Ingin merasai pengalaman tengok dolphin di tengah laut sambil menyaksikan matahari terbit? Sertai kami dalam Bali Dolphin Tour – pakej pelancongan lengkap dan eksklusif untuk anda yang nak sesuatu yang lain dari biasa masa bercuti ke Bali!

Bali Dolphin Tour ini akan bawa anda ke Lovina, di mana anda akan menaiki bot tradisional untuk melihat dolphin berenang bebas. Ia pengalaman semula jadi yang menenangkan, sesuai untuk seisi keluarga.

Tapi bukan itu sahaja – tour ini juga termasuk lawatan ke air terjun, spot bergambar popular, kuil di tepi tasik, dan boleh tambah trip ke Tanah Lot jika nak tengok sunset!


🕓 Itinerari Pakej Bali Dolphin Tour

  • 3:00 pagi – Bertolak dari hotel
    Kita akan bertolak awal pagi untuk sampai ke Lovina sebelum matahari naik. Waktu terbaik untuk dolphin watching adalah sekitar subuh.
  • 5:30 pagi – Naik bot & tengok dolphin
    Di pantai Lovina, anda akan menaiki bot kecil ke tengah laut. Inilah kemuncak Bali Dolphin Tour – tengok dolphin liar bermain di lautan Bali. Pemandangan matahari terbit sambil tengok dolphin memang memukau!
  • Air Terjun Banyumala
    Selepas aktiviti laut, kita ke air terjun yang sangat cantik dan tenang – sesuai untuk healing, ambil gambar dan nikmati alam semula jadi.
  • Puncak Wanagiri & Gate Handara
    Lokasi bergambar yang sangat popular di media sosial. Puncak Wanagiri dengan latar belakang tasik dan hutan, manakala Gate Handara pula ikonik dengan pintu Bali yang klasik.
  • Ulun Danu Beratan Temple
    Kuil atas air yang sangat terkenal dan antara destinasi wajib lawat bila di Bali. Dikelilingi kabus dan tasik, suasananya sejuk dan damai.


🌇 Tambahan: Sunset di Tanah Lot

Bali Dolphin Tour dan sunset tanah lot temple

Kalau anda nak lanjutkan lawatan, boleh tambah Tanah Lot dalam itinerary. Pemandangan matahari terbenam di sini sangat indah.

💰 Caj tambahan: IDR 200,000 /orang
📦 Termasuk: Tiket masuk & masa tambahan pemandu



💵 Harga Pakej Bali Dolphin Tour

Harga Pakej:
Jumblah Harga per orang
(solo traveler) IDR 1,400,000
Dua orang IDR 1.000,000 /seorang
Tiga orang IDR 860,000 /seorang
Empat orang IDR 800,000 /seorang
Lima orang atau lebih IDR 760,000 /seorang

Termasuk:

  • Sewa bot tengok dolphin
  • Tiket masuk semua tempat lawatan
  • Makan tengah hari
  • Air mineral
  • Kenderaan persendirian
  • Pemandu Muslim yang peramah dan berpengalaman


Cara Tempahan

Untuk pakej khas seperti Bali Dolphin Tour ni, kami minta bayaran penuh di awal untuk sahkan tempat.

Bayaran boleh dibuat melalui:

  • Bank Transfer
  • PayPal
  • Wise
  • Western Union


Soalan Lazim (FAQ) – Bali Dolphin Tour

Berapa lama kita akan tengok Dolphin di laut? +
Biasanya, kita akan berada di laut untuk melihat Dolphin 1 hingga 1.5 jam, bergantung pada cuaca dan tempat di mana lumba-lumba ada.
Adakah selamat untuk bawa anak-anak? +
Ya, sangat selamat untuk bawa anak-anak. Ramai juga keluarga yang datang dengan anak-anak, dan mereka pasti teruja tengok Dolphin dari dekat. Pastikan anak-anak pakai pelampung yang disediakan.
Berapa orang boleh naik dalam satu perahu? +
Setiap perahu boleh muat 4 hingga 6 orang, bergantung kepada saiz perahu. Ini supaya semua orang boleh duduk selesa dan tengok Dolphin dengan lebih mudah.
Banyak tak Dolphin yang kita boleh tengok? +
Ya, insyaAllah, banyak lumba-lumba yang boleh kita lihat, terutamanya pada waktu pagi. Kadang-kadang kita boleh nampak kumpulan Dolphin yang datang dekat dengan perahu.
Kenapa kena berangkat pagi-pagi sangat? +
Dolphin biasanya lebih aktif pada waktu pagi, dan air laut pun lebih tenang dan jernih. Jadi, kalau kita berangkat pagi, peluang untuk tengok Dolphin pun lebih tinggi.



Bali Dolphin Tour ialah pilihan terbaik kalau anda nak pengalaman semula jadi, berbaloi dan mesra keluarga di Bali. Jom tempah sekarang dan jadikan percutian anda lebih istimewa!

📞 Call | WhatsApp: +62857144994
📧 Email: sewakeretabali@gmail.com