Pakej Percutian Bali Halal – 3 Hari 2 Malam | Driver Muslim & Makanan Halal

Share:

Nak cari Pakej Percutian Bali Halal yang selesa, lengkap, dan sesuai untuk pelancong Muslim? Anda berada di tempat yang tepat! Ramai pelancong dari Malaysia kini memilih Bali sebagai destinasi percutian, tapi dalam masa yang sama tetap nak jaga soal makanan halal, tempat solat, dan keselesaan bersama keluarga.

Sebab itu kami sediakan Pakej Percutian Bali 3 Hari 2 Malam khas untuk Muslim dengan Tour Guide Bali Muslim dan Driver Muslim yang faham keperluan anda. Kami susun itinerary supaya anda tak perlu pening kepala, dan boleh fokus untuk menikmati suasana indah di pulau dewata ini.


Pakej Percutian Bali Halal – Jelajah Alam Bali dan Sunset di Tanah Lot

Kenapa Ramai Pelancong Pilih Kami?

  • Makanan Halal Sepanjang Trip
  • Driver Muslim Berpengalaman & Ramah
  • Tour Guide Bali Muslim yang tahu lokasi solat dan budaya
  • Harga Berbaloi dan Fleksibel – Boleh Pilih Dengan atau Tanpa Hotel
  • Itinerari 3 Hari 2 Malam yang Penuh Aktiviti, Tapi Tak Terlalu Padat


Itinerari Pakej Percutian Bali Halal

Hari Pertama – Ketibaan & Uluwatu Sunset Tour

Setibanya anda di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Driver Muslim kami akan sambut anda dengan senyuman dan papan tanda nama anda. Tak perlu risau, semuanya telah diurus.

Kalau ada masa, anda boleh daftar masuk hotel dahulu. Kalau jadual ketibaan agak lewat, kami akan terus bawa anda untuk Half Day Tour ke kawasan Uluwatu.

  • Pura Uluwatu – Kuil di tebing tinggi dengan pemandangan matahari terbenam yang memukau.
  • Tarian Kecak – Persembahan budaya tradisional Bali di pentas terbuka.
  • Makan Malam Seafood di Pantai Jimbaran – Suasana romantik di tepi pantai dengan menu laut segar dan HALAL.



Hari Kedua – Volcano View, Tirta Empul & Sunset di Tanah Lot

Hari kedua adalah hari yang paling padat tapi menyeronokkan dalam Bali Halal Tour ini. Aktiviti bermula seawal pagi, jadi pastikan anda sudah bersarapan (makanan halal disediakan kalau anda ambil pakej bersama hotel).

  • Tarian Barong & Keris – Persembahan seni klasik Bali.
  • Tirta Empul Temple – Lokasi mata air suci dengan suasana damai.
  • Kintamani Volcano View – Makan tengah hari HALAL sambil lihat gunung berapi & tasik.
  • Tegalalang Rice Terrace – Sawah bertingkat yang terkenal di media sosial.
  • Pura Tanah Lot – Tempat ikonik di tepi laut, paling cantik waktu sunset.



Hari Ketiga – Masa Bebas & Penghantaran ke Lapangan Terbang

Hari ketiga lebih santai. Anda boleh pilih untuk rehat di hotel, shopping cenderamata, atau tambah lawatan ke:

  • Krisna Oleh-Oleh – Kedai cenderamata halal & mesra Muslim.
  • Pantai Kuta atau Seminyak – Untuk jalan-jalan santai sebelum pulang.

Sebelum ke lapangan terbang, Driver Muslim kami akan bantu pastikan semua barang anda selamat dan bantu urus pemergian anda dengan tenang.





Apa Yang Termasuk dalam Pakej Ini?

  • Penginapan 2 malam (3 bintang) – jika pilih pakej dengan hotel
  • Sarapan setiap pagi – HALAL
  • Kenderaan peribadi berhawa dingin
  • Driver Muslim fasih Bahasa Melayu/Inggeris
  • Tiket masuk ke semua lokasi
  • Makan tengah hari dan malam (termasuk 1x Seafood Dinner di Jimbaran)
  • Air mineral setiap hari
  • Pengambilan & penghantaran lapangan terbang


Harga Pakej Percutian Bali 3 Hari 2 Malam

  • Tanpa Hotel: IDR- RM- / pax
  • Dengan Hotel (3 Bintang): IDR- RM- / pax

Harga untuk minimum 2 orang. Lebih ramai, lebih jimat! Hubungi kami untuk pakej berkumpulan.



Kenapa Pilih Pakej Bali Halal Tour dari Kami?

  • Lokasi pelancongan mesra Muslim
  • Makanan dijamin HALAL
  • Pemandu & Tour Guide Muslim berpengalaman
  • Fleksibel – Itinerary boleh diubah
  • Privasi – Tiada peserta luar
  • Sokongan WhatsApp 24 jam


Soalan Lazim Tentang Pakej Percutian Bali Halal

1. Boleh bawa anak kecil?

➡️ Boleh, sangat sesuai untuk keluarga. Kami boleh sediakan car seat jika diminta awal.

2. Ada lawatan ke tempat shopping?

➡️ Ya, kami boleh masukkan Krisna, Agung Bali, atau kedai pakaian Muslim sebagai tambahan.

3. Boleh pilih hotel sendiri?

➡️ Boleh. Kalau nak hotel 4 atau 5 bintang, kami akan sesuaikan harga.

4. Nak itinerary lain, boleh?

➡️ Ya, kami fleksibel. Anda boleh beritahu tempat yang anda nak lawat dan kami akan susun itinerary baru ikut bajet dan masa anda.



Tempah Sekarang – Schedule Terhad Setiap Minggu

Tak perlu pening kepala lagi cari pakej yang sesuai. Pakej Percutian Bali Halal kami direka khas untuk memenuhi keperluan pelancong Muslim dari dalam dan luar negara.

🌐 WhatsApp kami terus untuk pertanyaan lebih detail dan tempahan.