Pakej Tour Bali Sehari ke Kintamani & Kolam Air Panas Semulajadi

Share:
Pakej Tour  Bali Sehari ke Kintamani & Kolam Air Panas Semulajadi

Nak lari sekejap dari kesibukan kota dan nikmati udara segar gunung? Pakej Kintamani dan Kolam Air Panas ini memang khas untuk anda yang nak pengalaman percutian yang relax, menyihatkan, dan penuh panorama menakjubkan – semua dalam sehari je!

Bayangkan... Anda bangun pagi, dijemput oleh pemandu mesra dari hotel, dan memulakan hari dengan melawat tempat-tempat bersejarah, berakhir dengan berendam dalam kolam air panas semulajadi yang menghadap tasik dan gunung berapi aktif. Memang healing habis!



🌿 Apa yang Menarik dalam Pakej Ini?

#1. Goa Gajah – Gua Bersejarah Penuh Misteri

Goa Gajah

Kita mula lawatan dengan melawat Goa Gajah, atau dikenali sebagai Elephant Cave. Terletak di Gianyar, tempat ni bukan sekadar gua biasa – ia adalah tapak sejarah dari abad ke-11 yang menunjukkan gabungan antara budaya Hindu dan Buddha. Anda boleh lihat ukiran kuno, patung Ganesha, dan tinggalan spiritual yang pernah jadi tempat pertapaan. Memang sesuai untuk peminat sejarah dan spiritual!

#2. Tirta Empul – Kolam Suci untuk Penyucian Diri

Tirta Empul

Seterusnya kita ke Tirta Empul, kuil yang popular dengan kolam sucinya yang digunakan untuk melukat (ritual pembersihan diri). Airnya berasal dari mata air semulajadi yang dipercayai dapat membersihkan tenaga negatif. Ramai pelancong datang sini untuk cuba pengalaman unik ni – bukan sekadar tengok, tapi turut serta dalam aktiviti rohani yang menenangkan jiwa.

#3. Kintamani – View Gunung Berapi & Tasik Batur Yang Mengagumkan

Kintamani – View Gunung Berapi

Kemudian kita menuju ke Kintamani, kawasan tanah tinggi dengan view gunung berapi aktif dan Tasik Batur yang sangat menawan. Dari sini, anda akan makan tengah hari di restoran dengan pemandangan terus ke gunung dan tasik – memang perfect spot untuk bergambar dan rehat sambil hirup udara segar. Suhu pun sejuk dan nyaman.

#4. Batur Natural Hot Spring – Rehat & Rawat Tubuh dengan Alam

Batur Natural Hot Spring

Lepas makan dan menikmati pemandangan, masa untuk highlight utama: berendam di kolam air panas semulajadi Batur! Airnya datang terus dari perut bumi Gunung Batur dan kaya dengan mineral semulajadi – bagus untuk kulit, sendi dan kesihatan dalaman. View menghadap tasik buatkan pengalaman ni rasa eksklusif dan damai. Sesuai sangat untuk tenangkan badan dan minda sebelum balik ke hotel.


🕒 Jadual Pakej Kintamani & Air Panas (1 Hari Penuh)

Waktu Aktiviti
08.00 pagiJemput di hotel
09.30 pagiLawatan ke Goa Gajah
11.30 pagiLawatan ke Tirta Empul
13.00 tengahariLihat pemandangan Gunung & Tasik Batur
13.30 petangMakan tengah hari di restoran dengan pemandangan gunung
15.00 petangBerendam di Batur Natural Hot Spring
17.00 petangBertolak balik ke hotel
19.00 petangSampai hotel


💰 Harga Pakej

Pilihan 1: Regular Price (Tidak termasuk makan & tiket masuk)

Jenis Kenderaan Harga (IDR) Kapasiti
Toyota Avanza450,000 / kereta1 – 6 orang
Van Hiace850,000 / minibus1 – 15 orang
Long Elf900,000 / minibus1 – 17 orang
Bas besar2,200,000 / bus25 – 30 orang

Termasuk: Kereta/Van/Bas + Pemandu berbahasa Inggeris + Petrol

Nota: Tidak termasuk tiket masuk dan makan tengah hari


Pilihan 2: Inclusive Price (Semuanya dah siap termasuk!)

IDR 800,000 / seorang
(minimum tempahan untuk 2 orang)

Termasuk:

  • Kenderaan + Pemandu
  • Petrol & Parkir
  • Tiket masuk semua lokasi
  • Tiket masuk Kolam Air Panas
  • Makan tengah hari (makanan Indonesia)
  • Air mineral

🚐 Kawasan Jemputan Disediakan Untuk:

Seminyak, Legian, Kuta, Nusa Dua, Jimbaran, Pecatu, Sanur, Ubud, Canggu, Denpasar, Pelabuhan Benoa & Lapangan Terbang Ngurah Rai.

Kalau anda menginap di luar kawasan ini, boleh hubungi kami untuk atur jemputan khas.


📌 Info Tambahan Penting

  • Diskaun khas untuk tempahan berkumpulan
  • Pakej ini private, hanya untuk anda dan rombongan anda sahaja
  • Pemandu fasih Bahasa Inggeris dan sangat mesra
  • Boleh request tour guide jika perlukan
  • Jadual boleh diubah mengikut permintaan
  • Bayaran secara tunai pada hari lawatan
  • Terima bayaran dalam mata wang lain berdasarkan kadar tukaran semasa

Tempah Sekarang!

Jangan lepaskan peluang untuk nikmati keindahan Kintamani dan kesegaran air panas semulajadi dalam satu hari yang penuh kenangan. Hubungi kami sekarang untuk maklumat lanjut atau terus buat tempahan.