Pakej Ubud Waterfall Tour – Jelajah Air Terjun Tersembunyi & Keindahan Alam Ubud!

Share:
Pakej Ubud Waterfall Tour – Jelajah Air Terjun Tersembunyi & Keindahan Alam Ubud!

Nak lari sekejap dari kesibukan pantai dan hiruk-pikuk bandar? Apa kata anda cuba Ubud Waterfall Tour, pakej separuh hari yang kami reka khas untuk anda yang nak santai-santai sambil menikmati keindahan semula jadi Bali. Bukan sekadar lawatan ke air terjun, tapi satu pengalaman penuh warna untuk meneroka kawasan Ubud yang kaya dengan budaya, alam dan seni!


🌿 Apa Menariknya Tour Ni?

Pakej ini akan bawa anda ke beberapa lokasi ikonik dan ‘Instagrammable’ di sekitar Ubud – bermula dari air terjun yang tersembunyi di tengah hutan, hingga ke sawah padi yang memukau, istana bersejarah, dan pasar seni tempatan. Paling best, semuanya boleh selesai dalam masa setengah hari je!


📍 Itinerary Ubud Waterfall Tour

Waktu Aktiviti
08.00 AMPick up dari hotel
09.00 AMSinggah di Tegenungan Waterfall
10.30 AMNikmati panorama indah di Tegalalang Rice Terrace
10.30 AMLawatan ke Ubud Royal Palace (Puri Saren Agung)
11.30 AMShopping & cuci mata di Ubud Market
11.45 AM Makan tengah hari (makanan Indonesia halal)
13.00 PMBalik ke hotel
15.30 PMSampai hotel dengan kenangan manis


#1. Air Terjun Tegenungan – Hidden Gem di Tengah Hutan

Air Terjun Tegenungan

Terletak di Kemenuh, air terjun setinggi 35 meter ini bukan sahaja cantik untuk bergambar, tapi juga sesuai untuk mandi-manda kalau anda nak rasa segar! Laluan ke bawah agak mencabar sikit tapi sangat berbaloi bila dah sampai. Dikelilingi pokok-pokok hijau dan bunyi alam semula jadi… memang healing habis!

#2. Tegalalang Rice Terrace – Sawah Padi Bertingkat Yang Ikonik

Tegalalang Rice Terrace

Kalau anda pernah nampak gambar sawah padi bertingkat di Bali yang viral tu, haaa… inilah tempatnya! Tegalalang Rice Terrace terkenal dengan landskap yang dramatik dan pemandangan yang menenangkan. Anda juga boleh jalan-jalan ikut trek sambil lihat petani tempatan bekerja. Jangan lupa minta driver tolong snap gambar kat sini – memang wajib post kat IG!

#3. Ubud Royal Palace – Istana Raja Penuh Sejarah

Ubud Royal Palace

Terletak di tengah-tengah pekan Ubud, Puri Saren Agung ialah kediaman rasmi keluarga diraja Ubud sejak ratusan tahun dulu. Anda boleh tengok seni bina Bali klasik yang sangat unik dan kawasan istana yang masih aktif digunakan untuk acara kebudayaan. Pendek kata, tempat ni memang ‘must visit’ kalau anda ke Ubud.

#4. Ubud Art Market – Surga Kraf Tangan & Cenderamata

Ubud Art Market

Tepat bertentangan dengan istana, terletaklah Ubud Market – tempat paling happening untuk beli barangan seni, batik, aksesori, tas rotan dan macam-macam lagi hasil kerja tangan orang tempatan. Jangan lupa tawar-menawar untuk dapat harga best!



Harga Pakej Ubud Waterfall Tour

Pilihan 1: Regular Tour (Tanpa Tiket Masuk & Makan Tengah Hari)

Jenis Kenderaan Harga (IDR) Kapasiti
Toyota Avanza450,000 / kereta1 – 6 orang
Van Hiace850,000 / minibus1 – 15 orang
Long Elf900,000 / minibus1 – 17 orang
Bas besar2,200,000 / bus25 – 30 orang

Termasuk: Kenderaan berhawa dingin + minyak + pemandu berbahasa Inggeris
Tidak termasuk: Tiket masuk & makan tengah hari


Pilihan 2: Inclusive Tour (All-In Siap Makan!)

IDR 450,000 / seorang (minima 2 orang)

Termasuk:

  • Kenderaan & pemandu berpengalaman
  • Tiket masuk ke semua tempat
  • Makan tengah hari masakan Indonesia
  • Air mineral
  • Parking & minyak

Kawasan Pick-Up yang Diliputi

Kami boleh ambil anda dari: Seminyak, Legian, Kuta, Nusa Dua, Jimbaran, Pecatu, Sanur, Ubud, Canggu, Denpasar, Pelabuhan Benoa dan Lapangan Terbang Ngurah Rai.

Nak pick up kat tempat lain? Takde masalah – hubungi je kami dulu!


📝 Info Tambahan

  • Tour ini bersifat private, hanya anda & kumpulan anda sahaja
  • Tour guide boleh disediakan atas permintaan
  • Itinerary boleh disesuaikan mengikut masa & permintaan anda
  • Pembayaran secara tunai pada hari lawatan kepada pemandu kami
  • Bayaran dalam mata wang lain akan ditukar ikut kadar tukaran semasa

Nak Tempah?

Senang je! Klik butang WhatsApp atau isi borang tempahan di laman web kami. Pemandu mesra, lokasi menarik, dan servis terbaik – semua kami sediakan supaya trip anda ke Bali jadi pengalaman yang takkan dilupakan.

Jom booking sekarang dan rasai sendiri keindahan Ubud dalam separuh hari yang penuh kenangan!